Thursday, 23 May 2013

Expressing Breastmilk Logo

Hari ini 23/5/2013,hari keempat aku kembali bekerja..Sebagai seorang mommy yang exclusively breastfeed my baby Zia, perkara yang paling utama yang aku perlu pikirkan ialah waktu mengepam susu..

Apa masalahnya????

Hari aku bersalin, pada hari yang sama, bos aku (Puan B) dapat naik pangkat..Dan ditukarkan ke Johor.So guest what..bos baru aku ni LELAKI!!!! Ya Allah, macamana aku nak explain yang aku perlukan masa bersendirian buat beberapa ketika untuk sesi perahan susu..

Walaupun aku ada bilik sendiri, tetap aku perlu bagitau kannn..Sehingga semalam, aku just kunci pintu, tapi beberapa kali PTU nak masuk hantar fail ke apa, macam tertanya2..Tapi of coz la dorang paham since dorang pompuan..Tapi boss aku..Bilik bos aku kat sebelah bilik aku je, dan kadang-kadang dia nak masuk bagi fail..Bos aku yang baru ni bagus ok, kalau da siap sign fail dia hantar kat bilik kita..Walaupun jarang dia masuk bilik ni, tapi yang sesekali tu merisaukan aku, nanti dia nak bukak, tengok2 berkunci, kang dia pikir apa plak. Tang nak explain apa yang aku sedang buat tu yang lemah tu.Dulu senang, bos pompuan,awal2 aku dah explain yang kalau bilik kunci, aku tengah mengepam..

Akhirnya, aku dapat idea ni, tampal logo kat depan pintu bilik aku.. Hahahaha..
Tak terpikir punsejak beberapa hari yang lepas..Tak payah la aku explain panjang lebar kan..hihihih.
Ha,ni la logo yang aku guna..(ehsan Mr. Google)



Wednesday, 22 May 2013

CUCUK ANAK

Semalam bawa baby Zia pergi amik jab 6 in 1 untuk 3 bulan..Shhh..kita da terskip amik rotavirus vaccine..Huhu..tapi takpe kot, lagipun tu kan optional aje.(better amik la kan). Almaklum bila anak duduk kat nursery ni mcm2 virus yang terdedah.. "prevention is better than cure"

Alhamdulillah berat Zia da 6.5kg. Naik 1.4 kg since last month's check up (5.1 kg). Bertambah chubby anak mummy..Berkat penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Zia nangis beriya sangat lepas kena cucuk akibat dari dia sememangnya da sangat mengantuk masa kat klinik tu n of coz sebab sakit ler kene cucuk..Sedangkan kita yang da remaja purba ni pun sakit bila kena cucuk kann..
Hihihi..



Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.
4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber:http://nursayangummi.blogspot.com

Monday, 20 May 2013

Kembali BERKERJA!!!!!!!!

ha...tudia..
setelah 3 bulan memerapkan diri kat rumah dan tak pernah sempat untuk corat-coret, akhitnya hari ni, mi FIRST DAY kembali bekerja..

FYI, arini punch card i merah hokkehhhh..

Apa nak jd ni..

Punca?????

i nebes smpai xboleh nak tido semalam sebab nk masuk kerja balik lepas lama bercuti, nebes nak tinggal kan ank2 kt nursery, nebes takut bangun lambat..

N, sudahnya, aku memang da bangun 5.21 pagi, n bagi susu kat Zia, but unfortunately, i tertido hokehhh.akhirnya bangun la aku pada pukul 6.45!!!!

Apa cite plak ngan mia??? masa aku angkat dia, dia terjaga n ok je masa masuk kete..masa aku angkat zia pun dia ok je lg..happy2 je..tapi bila sampai je kat nursery..amik kau..melalakkkkk..xnak g school..tapi aku paksakan juga n pujuk2 dia sikit..

lepas sampai office aku call nursery, nursery xjawab plak, isau mummy..call kali kedua baru angkat, dia cakap mia nangis kejap aje.Paling risau Zia ok ke tidak minum susu pakai botol..punye la hazab mummy ni, 3 bulan dok umah xpernah lg try bagi botol kat Zia..Tp orang nursery cakap Zia ok minum susu..lega i nokkk..thats why i luv botol susu tommy tippee..




OK, ni la my gurls..
Nur Zia Athalia
Nur Delisha Damiya