TUAN BLOG


Pada 16 Julai 1987 di blok kayu Hospital Kuala Lumpur, maka lahirlah seorang aku yang diberi nama Siti Khadijah Binti Rohana..

Dibesarkan oleh arwah nenda tercinta sejak berusia 15 hari hingga lah 15 tahun di Kuala Rompin Pahang..Tempat yang menyimpan banyak kenangan pahit manis membesar..(di sini la tempat bertemu dengan my hubby)hihihi..

Selepas habis PMR, dibesarkan pula di Ulu Yam Bharu oleh Mama N Abah tersayang 

Abes belajar terus kerja di Maybank Batu Cantonment, Jalan Ipoh Kuala Lumpur..

Dan kemudiannya meninggalkan Maybank selepas dapat tawaran bekerja di sektor awam, tempat kerja aku sekarang la (Mahkamah Petaling Jaya)

Berkahwin Pada 4 Okt 2008 (9 hari sebelum lapor diri di Putrajaya)..Masa tu inai masih merah di jari ok..


Melahirkan puteri pertama pada 13 April 2010

Sedang menunggu masa untuk melahirkan puteri kedua (insyaAllah) his coming Feb 2013..Doakan yang terbaik..

N...



still meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang aku 
(isteri, anak, mummy, pekerja n pelajar n hamba Allah di muka bumi ini selagi nyawa dikandung badan)

0 comments:

Post a Comment