Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ialah menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu.
Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu
sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong).
Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap
tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.
Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS) boleh
diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).
Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan.
Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang
diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.
Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.
Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau
lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6
bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain
selain susu ibu.
Sumber rujukan http://www.who.int
0 comments:
Post a Comment